AF9.Aznil kembali ke pentas af,,?
Wednesday, March 9, 2011 ❖ 1:43 AM ❖ 0 talks

hyee...

saya ari ni nk kongsi kisah Pak nil yang

kembali mnyerikan pentas af musim yang ke -9...

haha baikk kan saya nk kongsi kisahh pasal dunia seni tanah air,,,:face40::face40::face40::face39::face39::face39:

KUALA LUMPUR, 8 MAC 2010: Bukan lagi spekulasi mahu pun teka-teki, sebaliknya pengacara nombor satu negara, Aznil Hj Nawawi bakal mengendalikan Akademi Fantasia Musim Ke-9 (AF) yang bakal menyaksikan penganjuran terakhir program realiti hiburan popular terbitan Astro ini.

Pemilihan Aznil telah pun diumumkan oleh pengurus saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi pada sidang media hos AF9 yang telah diadakan di Double Tree By Hilton, Kuala Lumpur, petang semalam.

Pengumuman ini sekali gus membenarkan gosip yang dari awal lagi telah mengatakan bahawa Aznil akan kembali menyerikan AF sebagai hos program realiti tersebut. .

Selain menjadi hos konsert AF9 yang bakal bermula 2 April ini, Aznil yang mudah disapa dengan panggilan Pak Nil juga menjadi hos Diari AF9 yang sebelum ini telah dikendalikan oleh Jimmy Shanley pada musim lepas.

Bagi mendapatkan respon Aznil terhadap penjawatan semula dia sebagai hos AF, portal hiburan murai.com.my telah melontarkan 10 soalan yang cukup eksklusif buat Aznil. Jom ikuti jawapan Aznil terhadap 10 soalan tersebut.

MURAI: Sebelum ini Pak Nil pernah mengatakan tidak mahu lagi menjadi pengacara AF. Apa yang membuatkan Pak Nil untuk kembali memegang jawatan itu dalam AF9?

AZNIL: Pak Nil adalah pekerja Astro. Sebagai seorang pekerja, Pak Nil kena selalu bersedia untuk menerima apa sahaja arahan daripada majikan. Begitu juga ketika Pak Nil diminta untuk menjadi pengkritik dalam AF musim lalu. Jadi Pak Nil lakukan kerana tanggungjawab. Kini AF9 mahukan Pak Nil kembali untuk menutup sejarah AF kerana ini adalah AF yang terakhir. Jadi, Pak Nil terima tanggungjawab ini dan kembali mengacarakan AF. Antara sebab lain Pak Nil kembali adalah kerana permintaan peminat program ini serta pelanggan-pelanggan Astro.


MURAI: Pada tahun lalu, Pak Nil menjadi pengkritik tetap AF8. Adakah Pak Nil sepatutnya kembali sebagai pengacara pada musim lepas?

AZNIL: Pak Nil tidak pernah ditawarkan untuk menjadi pengacara AF selepas Pak Nil berhenti pada musim AF5.


MURAI: Difahamkan sebelum ini, Pak Nil menarik diri dari AF disebabkan Pak Nil tidak sanggup melayan lagi dengan ragam depan dan sebalik tabir AF. Bagaimana pula dengan tahun ini? Bukankah caranya juga mesti sama seperti penganjuran AF sebelum ini?

AZNIL : Sebab utama Pak Nil meninggalkan AF adalah kerana ingin memberi peluang kepada AF mendapat sentuhan pengacara lain pula. Mungkin ketika itu pergerakan dan corak persembahan Pak Nil sudah boleh dibaca kerana telah 5 tahun berturut-turut Pak Nil mengendalikan AF.

Dalam pada itu, ada juga peminat-peminat yang menyarankan beberapa nama pengacara lain yang patut menjadi pengacara AF. Peka atas permintaan penonton, Pak Nil berbincang dengan pihak pengurusan. Hasil daripada perbincangan itu, kami bersetuju agar pentas AF dibuka kepada pengacara lain.

Pentas AF adalah pentas yang sangat istimewa selain mempunyai cabaran yang unik. Inilah peluang untuk pengacara lain merasakan pengalaman ini. Lagipun, setiap pengacara mempunyai cara mereka tersendiri. Jadi, ini dapat mewarnakan lagi AF dengan warna yang baru.



MURAI: Sejak 3 tahun Pak Nil menjadi penonton AF, apakah kelemahan yang tidak sepatutnya berlaku menerusi musim lepas?

AZNIL: Sebagai penonton, Pak Nil seronok melihat perubahan yang cuba diketengahkan oleh AF selepas Pak Nil berhenti. Siapa yang mengatakan AF selepas Pak Nil gagal? Kalau gagal, kenapa rating AF masih antara rating yang tertinggi dan masih lagi dapat melahirkan bintang yang hebat seperti Hafiz, Aril, Akim, Nubhan, Stacy, Shahir dan Adira. Seperti diketika zaman Pak Nil mengacarakan AF pun kami cuba melakukan pembaharuan. Ada yang berjaya dan ada yang gagal. AF juga tidak gagal kerana AF masih lagi dianggap program realiti pencarian bakat nombor satu di negara ini.


MURAI: Sungguhpun ramai yang menyokong Pak Nil kembali dalam AF9, tetapi masih ada segelintir suara yang berpendapat sebaliknya. Mereka berpendapat akan timbul rasa muak disebabkan Pak Nil terlalu kerap menjadi pengacara dalam mana-mana program Astro. Jadi apakah starategi Pak Nil untuk mengatasi masalah ini?

AZNIL: Biasalah dalam apa kerja sekalipun memang akan ada suara-suara sumbang yang akan terus bercakap. Susah nak puaskan hati ramai pihak. Dah nama pun bekerja. Jika arahan datang, pasti mereka telah lakukan kajian sebab dan kesan sebelum Pak Nil diambil untuk dijadikan pengacara sesebuah rancangan terbitan Astro. Pak Nil cuma buat kerja Pak Nil dalam memberikan sentuhan yang berbeza untuk program yang berbeza. Lagipun, takkan kita yang percaya pada kewujudan Tuhan akan bertindak untuk menolak rezeki yang diberikanNya. Siapa kita untuk mempersoalkan rezeki orang.

MURAI: Selain menjadi hos AF9, Pak Nil masih lagi bergelar penyampai pagi Era serta beberapa program yang lain. Boleh kongsi sedikit bagaimana Pak Nil mengatur jadual Pak Nil?

AZNIL: Pak Nil pun kadang-kadang tertanya-tanya mana datangnya kudrat yang ada pada Pak Nil yang dah hampir mencecah 50 tahun ni. Rasanya, masa Pak Nil muda pun tak sesibuk ini. Takpelah. Pak Nil tak mahu komplen sebab takut Tuhan tarik balik rezeki kerana tak bersyukur. Yang penting, Pak Nil dapat tidur yang cukup dan sekurang-kurangnya dalam 6 jam sehari. Al-maklumlah, Pak Nil bangun awal pagi pukul 4 pagi sebab kerja di radio masuk jam 5.30 pagi. Habis tugas di radio terus akan bergegas ke Diari AF sampai Maghrib. Balik terus tidur. Sabtu konsert AF pula dan Ahad kena beri ruang aktiviti Ganyang Aedes atau duduk di rumah saja.


MURAI: Sebagai hos AF, Pak Nil cukup dikenali sebagai seorang yang rajin turun padang sehingga Pak Nil lebih tahu apa yang berlaku kepada pelajar AF. Adakah Pak Nil akan bertindak seperti dulu?

AZNIL: Ya. Paknil lebih senang begitu kerana Pak Nil pun jadi hos Diari AF juga. Alang-alang dah berada di sana, biar Paknil pantau mereka supaya senang kendalikan mereka di pentas konsert. Lagipun, Pak Nil adalah penasihat produksi Astro. Jadi, Pak Nil pun turut terlibat jugak dalam perancangan AF.

MURAI: Sebagai orang kuat dalam AF9, bolehkah Pak Nil berikan pandangan tersendiri tentang isu pemilihan pengetua AF9? Adakah wajar tindakan mengambil orang luar sebagai pengetua? Patutkah tindakan memboikot itu diteruskan lagi?

AZNIL: Bagi Pak Nil, tak kisah sama ada orang tempatan atau pun luar. Yang penting pengalamannya. Kalau berbaloi menceduk pengalaman berharga apa salahnya.
Isu sempadan sangat subjektif. Sebelum ni pun, Ramli Sarip juga berasal dari negara seberang tetap ianya tidak dijadikan isu.


MURAI: Peminat sudah cukup kenal dengan sentuhan Pak Nil dalam AF. Malah, ada yang boleh membaca cara Pak Nil mengacarakan AF. Apakah kelainan Pak Nil untuk musim kali ini?

AZNIL: AF9 kali ini lebih padat kerana peruntukan masa yang tidak panjang seperti zaman Pak Nil di AF1 hingga AF5. Jadi agak terhad juga untuk membuat gimik dan kejutan yang meleret-leret. Begitu juga ketika penyingkiran. Mungkin kali ini Paknil terpaksa menggunakan aplikasi teknik yang berbeza. Yang penting, ia akan berikan tenaga yang segar dan bertindak secara spontan. Itu mungkin lebih mendekati cara Paknil.


MURAI: Sebelum ini, pernah didengari bahawa Pak Nil mahu cari pelapis dalam bidang pengacaraan. Tidakkah Pak Nil mahu menggunakan platform AF9 ini dengan mengundang beberapa calon pengacara baru yang boleh menjadi pelapis Pak Nil? Jika ada, boleh tak Pak Nil senaraikan?

AZNIL: Pak Nil tidak boleh membuat keputusan dengan sewenang-wenangnya dalam hal-hal yang melibatkan produksi. Namun, idea ini boleh dicadangkan. Pun begitu, ia masih terpulang kepada pihak penerbitan, penaja dan pengacara itu sendiri. Pak Nil sendiri tidak ada masalah untuk berkerjasama dengan mana-mana hos baru.

:face40::face39::face39::face39::face39::face39::face39::face39:


OLDNEW

Adda Elle , 21 y/o, Fiance's Mr Rozi,! Welcome to my blog! Please be nice here and don't forget to follow me !?












AdaaRaudah

Template Designer: Aien
Editor: Nana Euphemia
Other: